SMK Taman Rinting 2 sekali lagi kehilangan guru yang beribawa. Kehilangan yang dimaksudkan ialah perpindahan En Mohd Hazli bin Harun yang telah dinaikkan pangkat ke Penyelia Petang Smk Bandar Seri Alam dan Pn Yong yang telah meletakkan jawatan sebagai guru. Guru-guru tersebut banyak berjasa kepada SMK Taman Rinting 2 terutama dalam meningkatkkan aspek disiplin pelajar dan menaikkan kecemerlangan akademik mahupun mutu sukan sekolah. Kehilangan dua tokoh guru ini amat dirasai oleh semua warga SMK Taman Rinting 2. Sehubungan dengan itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada 15 April 2011 di Dataran Pahlawan, SMK Taman Rinting 2. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan guru-guru ini yang banyak berjasa kepada sekolah. Majlis yang diadakan selama hampir 40 minit ini disertai oleh semua warga SMK Taman Rinting 2 berlangsung dalam keadaan yang sungguh sayu dengan nyanyian yang disampaikan oleh En Mohd Hazli sendiri dan persembahan pelajar. Kami semua warga SMK Taman Rinting 2 mendoakan agar guru-guru tersebut mendapat kejayaan walaupun dimana mereka berada.
TERIMA KASIH CIKGU DARIPADA SEMUA WARGA SMK TAMAN RINTING 2
Cikgu Shah
Kaunselor SMK Taman Rinting 2
SELAMAT DATANG KE BLOG UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TAMAN RINTING. SECARA RINGKAS MENGENAI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK TAMAN RINTING 2 MEMPUNYAI DUA ORANG KAUNSELOR YANG BERWIBAWA IAITU PN KOK SWEE TENG DAN EN SHAH AZUAN. CIKGU MENGALU-ALUKAN SEMUA GURU DAN PELAJAR MENYERTAI BLOG INI. TUJUAN PEMBINAAN BLOG INI ADALAH MERAPATKAN HUBUNGAN KAUNSELOR DAN PELAJAR. SEMOGA BLOG YANG CIKGU BINA INI DAPAT MEMBANTU PELAJAR SEKALIAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jom bagi komen pelajar2 ku
ReplyDeletekehilangan guru yang paling baik dan berdedikasi.. sedihnya.. apa2 pun semoga cikgu hazli dan cikgu yong berjaya dalam kehidupan.. salam sayang untuk cikgu yong dan cikgu hazli.. terima kasih cikgu..
ReplyDelete