INFO SEKOLAH

Sejarah ini bermula dengan termerainya perjanjian kontrak antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengan Syarikat Pembinaan Usaha Bersatu Sdn Bhd pada 15 september 2002. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 29 mei 2001 dengan konsep "design and build". Ia dibina di tapak Lot PTD 43462, mukim plentong seluas 13 ekar yang meliputi kawasan padang utama dan kawasan berumput seluas 8 ekar dan kelebihnya adalah tapak bagunan sekolah. Nama sekolah ini adalah bersemperna nama tanam perumahan yang berhampiran iaitu Taman Rinting.

Alamat sekolah ini:
Kod sekolah: JEA1064
Gred Sekolah : B
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rinting 2, Jalan Rinting, Taman Rinting,  81750
Johor Bharu

Sijil perakuan pembukaan sekolah telah diperakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Senan b Ibrahim pada 1 januari 2002. Majlis penyerahan projek siap sekolah telah diadakan di sekolah ini pada 3 januari 2002.

Bermula dari itu, sekolah mula beroperasi dengan mesyuarat guru pertama pada 3 januari 2002. Pendaftaran pelajar baru dari sekolah yang berhampiran iaitu SMK Dato Penggawa Timur, SMK Kota Puteri, SMK Pasir Gudang 1, dan SMK Pasir Gudang 2 pada 4 januari 2002. Pada hari pertama persekolahan, 7 januari 2002, bilangan pelajar peralihan, tingkatan 1 hingga 4 menjangkau 570 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 10 orang sahaja. Pada 16 januari 2002, pelajar sekolah ini meningkat menjadi 780 orang dan berubah sedikit sehingga november 2002. Bilangan kelas adalah seperti berikut:
  1. Peralihan : 1 kelas
  2. Tingkatan 1: 8 kelas
  3. Tingkatan 2 : 6 kelas
  4. Tingkatan 4 : 5 kelas
Dua kelas tingkatan 4 menawarkan subjek elektif iaitu sains tambahan, prinsip akaun dan matematik tambahan. Manakala 3 kelas lagi ialah aliran sastera. Penyelaras sekolah iaitu Puan Jamiah Kechut talah dilantik sebagai Penolong Kanan 1pada 14 mac 2002 dan berkuatkuasa 1 januari 2002.  Penolong Kanan HEM iaitu En Basar bin Marpan telah bertugas sehingga 11 januari 2003 dan diganti dengan Pn Hayatunnisa Sapran yang berkuat kuasa 16 januari 2003. Manakala pengetua iaitu Datin Hajah Hasnah Mad Sem telah mula bertugas pada jun 2003. Seorang pembantu tadbir N9, 2 orang pengawal keselamatan swasta dan 3 orang pencuci swasta mula bertugas di sekolah ini pada februari 2002. Pada april 2003, sekolah ini menerima 2 orang pembantu am rendah (PAR), 18 ogos 2003, seorang pembantu tadbir dan 4 september seorang pembantu makmal.