Thursday, January 19, 2012

SEKOLAHKU SYURGAKU

SMK Taman Rinting 2, 20 januari 2012 cikgu telah diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk sekolahku syurgaku dalam sebuah program Pembinaan Insan. Tajuk ini cikgu pilih kerana sesi persekolahan 2012 baru bermula 3 minggu yang lalu. Boleh dikatakan hari ini merupakan masih peringkat awal sesi persekolahan. Pada permulaan sesi persekolahan inilah pelajar-pelajar perlu didedahkan dengan iklim dan budaya sekolah yang positif agar keberlangsungan budaya sekolah yang positif itu dapat berterusan sehingga ke akhir tahun. Diharapkan semua pelajar SMK Taman Rinting 2 dapat mengambil pengajaran daripada ceramah yang cikgu sampaikan. Cikgu harapkan semua pelajar dan guru-guru dapat bekerjasama dan  bersungguh-sungguh bagi menghasilkan budaya sekolah yang harmonis sesuai dengan konsep "Sekolahku Syurgaku".

No comments:

Post a Comment