Monday, July 4, 2011

Permohonan Mengikuti Program Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sesi 2012/2013
1. PROGRAM PENGAJIAN
Pelajar bumiputera yang berkelayakan dipelawa untuk membuat
permohonan. Pelajar bukan bumiputera dari sekolah kerajaan atau sekolah
bantuan kerajaan juga boleh memohon. Semua pemohon mesti berstatus
warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan. Sila layari http://www.moe.gov.my untuk mendapatkan maklumat
lanjut.

2. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan
bidang pengkhususan berikut:-
            2.1 Jurusan Sains (Kod M001)
            2.2 Jurusan Perakaunan (Kod M003)
            2.3Aliran Teknikal (Kod M007)

3. SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
            3.1 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2012.
            3.2 Mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) tahun 2011.
    a.Jurusan Sains (M001)
 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi
    b. Jurusan Perakaunan (M003)
 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Matematik Tambahan. Pelajar juga perlu mengambil mana-mana dua
(2) mata pelajaran berikut :
Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Sains/ Sains
Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Pengajian Keusahawanan/ Mata
Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik/ Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan kejuruteraan)
    c. Aliran Teknikal (M007)
 Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik
Tambahan, Kimia, Fizik dan satu daripada mata pelajaran berikut:
Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi
Kejuruteraan.

4. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI SATU
TAHUN (PST)
Memperoleh keputusan berikut dalam peperiksaan SPM 2011
Jurusan Sains (M001)
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
C Kimia
C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut:
· Fizik
· Biologi
Jurusan Perakaunan (M003)
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
C Matematik
E Matematik Tambahan
C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut:
 Prinsip Perakaunan
 Ekonomi Asas
 Perdagangan
 Sains
 Sains Tambahan
 Pengajian Keusahawanan
 Fizik
 Kimia
 Biologi
 Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/ Teknologi
Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
Aliran Teknikal (M007)
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
B Matematik
C Matematik Tambahan
E Kimia
C Fizik
C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut:
 Pengajian Kejuruteraan Awam
 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
 Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
 Teknologi Kejuruteraan

5.SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM DUA TAHUN (PDT) JURUSAN SAINS
(M001) SAHAJA*
Memperoleh keputusan berikut dalam peperiksaan SPM 2011
C Bahasa Melayu
C Bahasa Inggeris
CMatematik
C Kimia
DMatematik Tambahan
C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut:
Matematik Tambahan/ Fizik/ Biologi/ Mata Pelajaran Teknik
(Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/
Teknologi Kejuruteraan)
* Pelajar bumiputera yang tidak ditawarkan Program Satu Tahun
(PST) berpeluang untuk ditawarkan Program Dua Tahun (PDT)
jika memenuhi syarat di atas.

6.CARA PERMOHONAN
Permohonan Melalui Internet
a. Pelajar boleh membeli No. Pengenalan Individu (No. Pin) 5 digit di
mana-mana kaunter BSN mulai 1 Julai 2011 dengan bayaran RM6.00
(Ringgit Malaysia Enam Sahaja) termasuk komisyen dengan
menggunakan No. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM).
b. Sebelum meninggalkan kaunter sila pastikan menerima resit bayaran
yang tercetak:
i. Bayaran telah dibuat atas nama ”Pengarah Bahagian
Matrikulasi” ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897
ii. No Kad Pengenalan yang sama seperti yang didaftarkan dengan
Lembaga Peperiksaan Malaysia
iii. No. Pin 5 digit
c. Pelajar juga boleh membuat bayaran PMI di mesin ATM BSN (bagi
pemegang akaun GIRO / Wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin
mesin ATM tersebut.
d. Nombor PIN digunakan untuk mengemukakan permohonan matrikulasi
dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran
permohonan. Pindaan atau pembetulan permohonan boleh dibuat
sebelum tarikh tutup sebanyak tiga (3) kali sahaja. Nombor PIN ini
hendaklah dirahsiakan.
e. Pelajar dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti
dengan nombor PIN untuk membuat permohonan.
f. Pelajar yang terlupa atau hilang nombor PINnya boleh mendapatkan
kembali nombor PIN tersebut dengan membayar RM 6.00 ( Ringgit
Malaysia enam sahaja ) di mana-mana kaunter BSN.
g. Permohonan matrikulasi boleh dibuat melalui Internet dengan
melayari
laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe .gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2011.
h. Sila baca dan fahami Panduan Permohonan Melalui Internet
(PMI) yang
terdapat dalam laman sesawang tersebut.
i. Setelah selesai mengisi maklumat dalam PMI, sila klik butang
’HANTAR’ dan cetak halaman yang mempunyai no. Rujukan 6 digit
sebagai bukti penghantaran permohonan.
j. Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 Oktober 2011.

7. SEMAKAN
a. Pelajar boleh membuat semakan untuk mengemas kini alamat
pada bulan Februari 2012.
b. Untuk semakan keputusan permohonan pelajar boleh melayari
laman sesawang http://www.moe.gov.my lima (5) minggu
selepas keputusan rasmi SPM diumumkan dengan menggunakan
no. Kad Pengenalan yang didaftarkan dengan LPM.
Alamat:

Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E15
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-88844083
No. Faks : 03-88844028 / 03-88886864
Laman Web: http//:www.moe.gov.my

No comments:

Post a Comment