Tuesday, May 10, 2011

KENYATAAN AKHBAR STATUS KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA) BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012

1. Sukacita dimaklumkan bahawa status keputusan permohonan
kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
boleh diperoleh mulai 6 Mei 2011 (Jumaat) mulai jam 12.00 tengah
hari melalui saluran hebahan seperti di Lampiran 1.

2. Calon boleh mencetak surat tawaran  mulai 7 Mei 2011  melalui
Laman Web Rasmi IPTA seperti dalam Lampiran 2.

3. Calon dikehendaki menyemak maklumat  tawaran di  laman web
IPTA berkaitan.

4. Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat  pengesahan
penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh 7 hari bekerja iaitu
pada atau sebelum 14 Mei 2011. Pengesahan penerimaan tawaran
boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi IPTA seperti di Lampiran 2.

5.  Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Diploma dan
Asasi/Tamhidi  di IPTA ialah pada  1 Jun 2011.  6. Walau bagaimanapun, dengan  mengambil kira tempoh pengajian yang akan diikuti oleh pelajar di IPTA berkenaan,  pendaftaran pelajar baru bagi Program Asasi/ Tamhidi di IPTA adalah seperti berikut:
Bil Program Pengajian & IPTA Tarikh Pendaftaran
1.  Asasi PASUM & Asasi Pengajian Islam 29 Mei 2011
2. Tamhidi USIM  1 Jun 2011
3. Asasi UiTM  21 Mei 2011
4. Asasi UIAM  28 Mei 2011
5. Asasi UPNM 22 Mei 2011 (Pelajar Kadet) 28 Jun 2011 (Pelajar Awam)
6. Asasi UPM  20 Mei 2011
7. Asasi UNIMAS  4 Jun 2011

7. Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan  dasar
tawaran terbuka dengan pelbagai institusi dan agensi penaja yang
menawarkan program bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf. Justeru ramai calon cemerlang SPM 2010 akan
menerima lebih dari satu tawaran. Pemohon yang berjaya perlu
membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke
program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.
Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran
ke institusi lain dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana
tawaran tempat ke IPTA adalah terhad. Bagi yang gagal mendapat
tawaran ke IPTA digalakkan mempertimbangkan tawaran belajar ke
Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal &  Latihan
Vokasional (TEVT)  dan   Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA),
seperti Diploma di Politeknik, Sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma
Kemahiran Malaysia  (DKM) yang juga menyediakan peluang
pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.

8. Hanya calon gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA sahaja
dibenarkan mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam
tempoh  10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan
kemasukan ke IPTA diumumkan melalui Laman Web Rasmi
Kemasukan Ke IPTA di  http://upu.mohe.gov.my . Tarikh tutup
permohonan e-Rayuan ialah  pada 16 Mei 2011.  Dasar Pemilihan
Kes Rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang
berlaku mengikut program pengajian dan IPTA selepas
pendaftaran pelajar baru.

9. Keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun
2011. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA 4 minggu
selepas tarikh pendaftaran IPTA tersebut, maka rayuan mereka
dianggap gagal.

10. Kemudahan “Hotline” dan “Helpline” disediakan untuk membantu
menjawab sebarang kemusykilan calon.  Calon boleh menghubungi
Talian Telefon:  03-88835858 dan 03-88835848 untuk bantuan.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

No comments:

Post a Comment